Pendidikan di Asajaya
Pendidikan di Asajaya…….. Sebelum negara merdeka lagi pendidikan sememangnya amat dititik beratkan bagi setiap individu. Selepas kemerdekaan di capai, kerajaan telah membina banyak sekolah-sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek. Begitu juga pendidikan didaerah Asajaya yang mana banyak sekolah-sekolah telah dibina sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. 1. Sekolah Kebangsaan Moyan Laut. Sekolah ini terletak di Kampung Moyan Laut yang mana penduduk majoritinya adalah berbangsa Melayu. Sekolah ini mula di bina pada tahun 1983 dan mula dibuka sekitar tahun 1984. Sebab sekolah ini dibuka adalah kerana masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung dan pihak sekolah. Ini adalah kerana, sebelum pembukaan sekolah Kebangsaan Moyan Laut, kanak-kanak menerima pendidikan di Dewan Serba Guna secara sementara. Penggunaan dewan inilah menyebabkan penduduk mengalami kesulitan un...