Pendidikan di Asajaya
Pendidikan di Asajaya……..
Sebelum negara
merdeka lagi pendidikan sememangnya amat dititik beratkan bagi setiap individu.
Selepas kemerdekaan di capai, kerajaan telah membina banyak sekolah-sekolah
untuk melahirkan insan yang cemerlang sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani
serta intelek. Begitu juga pendidikan didaerah Asajaya yang mana banyak
sekolah-sekolah telah dibina sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
1. Sekolah Kebangsaan Moyan
Laut.
Sekolah ini terletak di Kampung Moyan Laut yang mana penduduk
majoritinya adalah berbangsa Melayu. Sekolah ini mula di bina pada tahun 1983
dan mula dibuka sekitar tahun 1984.
Sebab sekolah ini dibuka adalah kerana masalah dan kesulitan yang
dihadapi oleh penduduk kampung dan pihak sekolah. Ini adalah kerana, sebelum
pembukaan sekolah Kebangsaan Moyan Laut, kanak-kanak menerima pendidikan di
Dewan Serba Guna secara sementara. Penggunaan dewan inilah menyebabkan penduduk
mengalami kesulitan untuk menggunakan dewan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti
yang mungkin akan melibatkan penduduk dan penggunaan dewan. Selain daripada
itu, sebab pembukaan sekolah ini juga adalah untuk memenuhi keperluan
masyarakat. Semua sedia maklum pendidikan merupakan elemen penting untuk
mengubah taraf hidup seseorang dan seterusnya melahir insan yang berguna bagi
keluarga, masyarakat serta negara. Begitu jugalah tujuan pembukaan Sekolah
Kebangsaan Moyan Laut yang mana membawa harapan bahawa dengan tertubuhnya
sekolah ini, akan mampu mengubah taraf hidup penduduk Kampung Moyan Laut yang
rata-rata penduduknya mempunyai taraf hidup yang agak sederhana.
Sekolah Kebangsaan Moyan Laut mula beroperasi sekitar tahun 1984
yang mana hanya mempunyai 6 buah kelas iaitu merangkumi darjah 1 sehingga
darjah 6 sahaja dengan bilangan murid seramai 200 orang, 15 orang tenaga
pengajar, seorang kerani dan seorang tukang kebun. Seiring dengan peredaran
masa bilangan pelajar, tenaga pengajar serta kakitangan sekolah sentiasa
bertambah dari masa ke semasa iaitu pada tahun 2016 jumlah pelajar seramai 362 orang,
tenaga pengajar 32 orang, 7 orang pekerja swasta, 5 orang pembersih serta 2
orang pengawal keselamatan. Begitu juga dengan pencapaian UPSR yang mana
berlaku peningkatan dari tahun ke tahun iaitu pada tahun 2011(2.19), 2012
(2.38), 2013 (2.42), 2014 (2.60) dan 2015(2.92)
Dengan
kewujudan Sekolah Kebangsaan Moyan Laut ini jelas menunjukkan kesan yang sangat
ketara yang mana berjaya melahirkan insan yang cemerlang. Ini dapat dibuktikan
dengan lahirnya pelajar cemerlang bagi setiap tahun untuk peperiksaan UPSR. Di
samping itu juga, pembukaan sekolah ini turut membawa kesan kepada masyarakat
di kampung Moyan Laut kerana hasil daripada didikan yang diperolehi dari
peringkat awal telah membawa banyak perubahan kepada keluarga masing-masing
kerana berjaya mengubah taraf hidup keluarga. Ini dapat dibuktikan dengan ramai
penduduk di Kampung Moyan Laut memperolehi kerja dalam sektor awam, swasta
mahupun berkeja sendiri. Dengan perubahan di peringkat bawahan ini turut
memberi kesan kepada negara dengan lahirnya individu-individu yang cemerlang
dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara.
2. Sekolah Kebangsaan Serpan
Laut
Sebuah sekolah lagi yang terdapat di daerah Asajaya ialah Sekolah
Rendah Kebangsaan Serpan Laut. Mula di bina pada tahun 1965 dan mula dibuka pada
tahun 1966. Sekolah ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan dan kos dibiayai
oleh ahli Jawatankuasa Kampung ( JKK ).
Tujuan pembinaan sekolah ini adalah untuk memudahkan pendidikan
dikalangan anak-anak di Serpan Laut agar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan.
Ini adalah kerana pendidikan amat penting kepada setiap individu kerana melalui
pendidikan seseorang akan dapat mengubah taraf hidup. Selain daripada itu,
tujuan pembinaan sekolah ini adalah untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Ini
disebabkan sebelum pembukaan sekolah ini, kanak-kanak terpaksa melalui
perjalanan yang jauh untuk mendapat pendidikan. Ini menyebabkan ramai ibu-bapa
merasa bimbang dengan keselamatan anak masing-masing.
Sebelum pembukaan sekolah, majoriti kanak-kanak di Kampung Serpan
Laut mendapat pendidikan sekolah yang jauh daripada kampung. Terdapat juga
segelintir ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah akibat
kesulitan yang dihadapi. Di sebabkan, ahli jawatankuasa kampung telah
mengemukan cadangan untuk membuka sekolah untuk kepentingan penduduk kampung.
Cadangan
pembukaan sekolah ini merupakan satu keputusan yang tepat apabila banyak
perubahan yang berlaku di Kampung Serpan Laut. Dengan pendidikan yang
disediakan, penduduk Kampung Serpan Laut tidak perlu lagi menghantar anak
mereka di sekolah yang terletak jauh daripada kediaman.di samping itu juga,
ibu-bapa tidak perlu lagi berasa risau dengan keselamatan anak berikutan lokasi
sekolah yang terletak berhampiran dengan rumah maisng-masing. Selain daripada
itu, pendidikan turur memberi kesan kepada individu kerana berjaya melahirkan
pelajar yang cemerlang dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat dan
negara. Dengan adanya insan yang cemerlang ini, negara pastikan akan mempunyai
pekerja yang berkebolehan dalam semua bidang dan seterusnya membawa Malaysia ke
arus pembangunan.
Sekolah Kebangsaan Haji Kelali
Sekolah Kebangsaan Haji Kelali juga merupakan salah satu bukti yang menunjukkan sikap komited kerajaan bagi melahirkan warganegara yang berguna dan mampu bersaing di masa hadapan. Sekolah Kebangsaan Haji Kelali di rasmikan pada 16 Mac 2004 bersamaan 24 m Muharam 1425H oleh YB Dato Seri Adenan bin Haji Satem Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak.
Penubuhan sekolah ini adalah untuk membantu para pelajar agar dapat menuntut ilmu dengan lebih mudah. Ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai kemudahan yang mampu memberi persekitaran kondusif dan selesa kepada pelajar. Persekitaran pembelajaran yang selesa sekaligus akan dapat membantu belajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan. Selain daripada itu, penubuha sekolah ini adalah untuk memudahkan para guru memberikan pendidikan kepada pelajar. Ini adalah kerana dengan penyediaan kemudahan yang terkini akan dapat memudahkan para guru menjalankan proses PdP.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, pelajar-pelajar yang berdekatan mendapat pendidikan di sekolah lama yang diperbuat daripada daun nipah dan hampir keseluruhan sekolah adalah dibina berasaskan kayu. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah rendah Kebangsaan Semera. 16 Mac 2004 merupakan tarikh keramat bagi penduduk di sekitar Semera apabila sebuah sekolah baru telah dirasmikan dengan penyediaan kemudahan yang amat moden. Dengan kemudahan yang disediakan, Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, kini dapat berdiri sebaris dengan sekolah-sekolah yang terdapat dibandar. Ini adalah kerana dengan program-program pendidikan yang disediakan telah berjaya membawa sekolah ini ke tahap yang lebih tinggi.
Penubuhan sekolah ini telah membawa pelbagai perubahan adn kesan sama ada kepada individu mahupun masyarakat sekitar. ini dapat dibuktikan dengan lahirnya pelajar-pelajar yang mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi.

Comments
Post a Comment